Rakyat Malaysia dapat menikmati kesejahteraan hidup dengan pendekatan pembangunan negara yang terancang sejak kemerdekaan tercapai. Dasar-dasar pembangunan negara menyediakan kemudahan terutama peluang-peluang ekonomi bagi membolehkan rakyat mencapai kesejahteraan hidup tanpa mengira kaum. Matlamat utama pembangunan negara adalah supaya semua rakyat mendapat faedah dan bersama-sama menikmati hasil pembangunan tersebut.
Rancangan dan Visi Pembangunan
Rancangan Malaysia merupakan rancangan lima tahun pembangunan kerajaan Malaysia. Rancangan lima tahun ini ialah kesan peninggalan zaman pemerintah British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Rancangan lima tahun bermula dengan Rancangan Malaya Pertama (1956 - 1960) . Selepas itu, Rancangan Malaya Kedua (1961 - 1965) dilaksanakan. Setelah penubuhan Malaysia pada tahun 1963, Rncangan Malaya ditukarkan dengan Rancangan Malaysia Pertama (1966 - 1970).
Rancangan dan Visi Pembangunan
Rancangan Malaysia merupakan rancangan lima tahun pembangunan kerajaan Malaysia. Rancangan lima tahun ini ialah kesan peninggalan zaman pemerintah British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Rancangan lima tahun bermula dengan Rancangan Malaya Pertama (1956 - 1960) . Selepas itu, Rancangan Malaya Kedua (1961 - 1965) dilaksanakan. Setelah penubuhan Malaysia pada tahun 1963, Rncangan Malaya ditukarkan dengan Rancangan Malaysia Pertama (1966 - 1970).
Kerajaan bertanggungjawab menurunkan kadar kemiskinan dalam kalangan orang Melayu dan menyeimbangkan pembangunan ekonomi di bandar dan luarbandar.
Rancangan pemangunan negara terbahagi kepada tiga peringkat, iaitu peracangan pra-merdeka, perancangan selepas merdeka dan perancangan era Dasar Ekonomi Baru (EDB).
1. Perancangan peringkat pertama (zaman pra-merdeka) meliputi Rangka Pembangunan Persekutuan Tanah Melayu (1950-1955) dan sebahagian dari Rancangan Malaysia Pertama (1956-1960)
2. Peringkat kedua, iaitu perancangan selepas merdeka meliputi Rancangan Malaysia Kedua (1961-1965) dan sebahagian Rancangan Malaysia Pertama (1960-1970), iaitu selepas Malaysia ditubuhkan.
3. Peringkat ketiga, iaitu Rancangan Pembangunan Negara meliputi perancangan dalam era Dasar Ekonomi Baru (DEB), iaitu Rancangan Malaysia kelima (1986-1990)
Rancangan pemangunan negara terbahagi kepada tiga peringkat, iaitu peracangan pra-merdeka, perancangan selepas merdeka dan perancangan era Dasar Ekonomi Baru (EDB).
1. Perancangan peringkat pertama (zaman pra-merdeka) meliputi Rangka Pembangunan Persekutuan Tanah Melayu (1950-1955) dan sebahagian dari Rancangan Malaysia Pertama (1956-1960)
2. Peringkat kedua, iaitu perancangan selepas merdeka meliputi Rancangan Malaysia Kedua (1961-1965) dan sebahagian Rancangan Malaysia Pertama (1960-1970), iaitu selepas Malaysia ditubuhkan.
3. Peringkat ketiga, iaitu Rancangan Pembangunan Negara meliputi perancangan dalam era Dasar Ekonomi Baru (DEB), iaitu Rancangan Malaysia kelima (1986-1990)
RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA (1966-1970)
- Rancangan Malaysia pertama (RMP) memberi tumpuan kepada tenaga manusia dan program keatas setiap sektor ekonomi.
- Ia juga memberi penekanan ke atas aspek integrasi antara penduduk di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
- Kerajaan telah menggubal satu program pembangunan khusus untuk meningkatkan kebajikan semua rakyat.
- Kerajaan menubuhkan beberapa agensi iaitu Majlis Amanah Rakyat (MARA), Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) ,Lembaga Penasihat Tarif.
RANCANGAN MALAYSIA KEDUA (1971-1975)
- Rancangan ini dilancarkan untuk mengatasi sosioekonomi yang tidak seimbang antara kumpulan etnik dengan kawasan-kawasan.
- Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan untuk membasmi kemiskinan rakyat tanpa mengira kaum.
- Kerajaan memberi tumpuan kepada sektor awam , terutama dalam bidang perdagangan dan perindustrian
- (PETRONAS) ditubuhkan pada 1974 dan dalam tempoh RMK2 (KDNK) telah bertambah 7.4% berpunca pada faktor berikut
RANCANGAN MALAYSIA KETIGA (1976-1980)
- Racangan Malaysia Ketiga dilancarkan dengan memperkenalkan Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (1971-1990).
- RMK3 ini merupakan peringkat kedua perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
- Mengikut Malaysia Kita (2014) ,dalam tempoh perlaksanaan DEB,ekonomi Malaysia berkembang pada keluaran KDNK dengan kadar purata 7.8% walaupun sesaran yang ditetapkan adalah sebanyak 8% setahun.
RANCANGAN MALAYSIA KEEMPAT (1981-1985)
- Rancangan Malaysia Keempat dilancarkan ketika suasana ekonomi negara dan dunia dilanda kemelesetan.
(a) tumpuan diberikan kepada sektor pertanian diluar bandar.
(b) sektor baharu diperkenalkan ,iaitu sektor perusahaan berat yang berasaskan pelaburan modal.
- Memperkenalkan program 'Kajian Dasar Perindustrian Malaysia dan Pelan Induk Industri (PIP)'.
- KDNK berkembang pada kadar purata 5.8% setahun.Pendapatan per kapita meningkat sebanyak 4.4% setahun daripada RM3,171 juta pada tahun 1980 kepada RM4,609 juta pada tahun 1985.Selain itu ,kereta nasional pertama 'Proton Saga' dikeluarkan.
RANCANGAN MALAYSIA KELIMA (1986-1990)
MATLAMAT UTAMA :
- Mencapai perpaduan negara
- Mencapai objektif DEB
- Meningkatkan peranan sektor swasta dari aspek hak milik syarikat ,perlesenan dan aktviti ekonomi yang lain.
- Meningkatkan pelaburan asing terutama dalam sektor eksport.
- Menggalakkan sektor pertanian dan luar bandar.
KEJAYAAN:
- Pembangunan sumber manusia dalam aspek latihan kemahiran ,pengurusan, keusahawanan ,pembinaan, perhotelan dan perkapalan.
- Menubuhkan Perbadanan Pelancongan Malaysia
- Memperkenalkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990.
RANCANGAN MALAYSIA KEENAM (1991-1995)
OBJEKTIF :
- Mengekalkan momentum pembangunan pesat ekonomi negara
- Mengurus kejayaan ekonomi negara supaya matlamat pembangunan seimbang tercapai.
PERLAKSANAAN:
- Menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam ekonomi negara dan menyegerakan program peswastaan,
- Mengurangkan perbelanjaan tidak produktif.
- Mengekalkan dasar liberalisasi ,pelonggaran peratusan dan undang-undang untuk memperbaiki iklim pelaburan.
- Mengubah struktur industri sedia ada kepada penggunaan teknologi yang lebih canggih dan keluaran yang lebih bermutu.
RANCANGAN MALAYSIA KETUJUH (1996-2001)
Matlamat:
1)Mewujudkan pertumbuhan ekonomi seimbang dengan meningkatkan produktiviti dan memperkuat daya tahan ekonomi negara
2)Pembasmian kemiskinan dan pengagihan pendapatan turut diberi keutamaan
3)Mempertingkatkan guna tenaga, pendidikan dan latihan
4)Menggiatkan program penswastaan bagi meringankan beban kerajaan
PERLAKSANAAN:
1) Melaksanakan projek yang dapat menjana pendapatan seperti KLIA, MEASET dan lain lain
2) Menyediakan kemudahan bagi meningkatkan kualiti hidup golongan miskin
3) Penempatan semula setinggan, projek perumahan kos rendah dan program PPRT
RANCANGAN MALAYSIA KELAPAN (2002-2006)
MATLAMAT:
1) Memperkukuh keupayaan, kebolehan dan keazaman negara bagi menghadapi cabaran masa hadapan
2) Penekanan kepada perpaduan melalui pembangunan sosioekonomi
PERLAKSANAAN:
1) Masih menekankan peningkatan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) terutama melalui teknologi maklumat dan telekomunikasi
2) Dasar Penswastaan diperkukuhkan
3) Menggalakan pelaburan asing (FDI) terutama dalam sektor berteknologi tinggi
4) Pengenalan program Rakan Muda bagi tujuan memperkukuh nilai dan etika
RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN (2007-2011)
MATLAMAT :
1) Matlamat utama adalah memberikan tumpuan kepada permulaan fasa kedua Wawasan 2020 dengan memberi keutamaan kepada aspek-aspek pembangunan insaniah bagi membantu pembangunan fizikal
PERLAKSANAAN :
1) Meningkatkan usaha membasmi kemiskinan tertutama dalam kalangan rakyat termiskin di luar bandar
2) Menyediakan kemudahan perkhidmatan yang cekap dan berkesan
3) Menggalakkan penyertaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS)
4) Merancakkan program penswastaan
RANCANGAN MALAYSIA KESEPULUH (2011-2015)
MATLAMAT:
1) Memacu ekonomi berdasarkan faktor dalam negara
2) Memanfaatkan kepelbagaian etnik untuk kejayaan antarabangsa
3) Mentranformasi negara berpendapatan tinggi
4) Pertumbuhan berasaskan produktiviti dan inovasi
5) Memanfaatkan peluang sama rata, perkongsian pintar
6) Menghargai khazanah negara
PERLAKSANAAN:
1) Pembangunan berasaskan kekuatan negara
2) Mewujudkan persekitaran untuk menjayakan pertumbuhan ekonomi
3) Menuju kearah pembangunan sosioekonomi secara eksklusif
4) Membangunkan dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia
5) Mewujudkan persekitaran ke arah meningkatkan kualiti hidup
6) Mentranformasikan kerajaan ke arah mentranformasikan Malaysia
RANCANGAN MALAYSIA KESEBELAS (2016-2020)
1) Dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak di Parlimen
2) Pada 21 Mei 2015
3) Menjadi tranformasi terakhir dalam matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020
4) Enam program di bawah Transformasi Nasional ini :
i- Program Transformasi Kerajaan
ii- Program Transformasi Ekonomi
iii- Program Transformasi Politik
iv- Program Transformasi Komuniti
v- Program Transformasi Sosial
vi- Program Transformasi Fiskal
5) Program ini merupakan falsafah dan tunjang utama bagi merealisasikan RMK-11
6) Justeru, RMK-11 telah menyediakan enam strategi iaitu :
Pertama - Memperkukuh insklusiviti ke arah masyarakat saksama
Kedua - Meningkatkan kesejahteraan rakyat
Ketiga - Meningkatkan pembangunan modal insan untuk negara maju
Keempat - Menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampanan daya saing
Kelima - Memperkukuhkan infrastruktur bagi menyokong pertumbuhan ekonomi
Keenam - Memperkasa pertumbuhan ekonomi untuk peningkatan kemakmuran
"Bagi memastikan enam strategi tumpuan RMK-11 ini berjaya mencapai matlamatnya, 'game changers' yang berikut akan dilaksanakan bagi memastikan lonjakan yang signifikan bagi menjana pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat secara inklusif."
Berdasarkan petikan Perdana Menteri, semua golongan tidak akan tercicir dan menikmati segala kemakmuran dan keharmonian negara, seperti yang dinyatakan dalam pelaksanaan Game Changers